Skip to main content

Kemenangan di Sanglang dan penolakan petisen BN untuk Manir

Saya turut ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hashim Jasin atas kemenangan beliau kali ke-2! Kali pertama semasa PRU dan kali kedua di Mahkamah. Ini di anatra kepelikan Malaysia. Menang sekali di PRU tak cukup bagi sesetengah kerusi. Kena menang sekali lagi di Mahkamah. Calon BN pun bukan dia tak tahu yang dia kalah. Tetapi atas semangat ‘demokratik’nya BN maka dia nak nafikan juga kemenangan kepada Ustaz Hashim Jasin.

Ustaz Hashim memang tabah dan hebat orangnya dan memang layak sangat untuk menjadi ADUN di Sanglang. Saya bersama beliau semasa saya bertanding di Parlimen Arau pada tahun 1990. Tahun Kelantan kembali ke PAS melalui strategi Tahalluf Siyaasi APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dengan Semangat 46.

Tahniah sekali lagi kepada Ustaz Hashim Jasin. Semoga bergegar DUN Perlis dengan kemasukan beliau. Tahniah juga kepada Ustaz Harun Taib yang disahkan kemenangan beliau di Manir sekali lagi melalui mahkamah. Semoga kekuatan di Terengganu terus dipertahankan dan dibina.

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD