Saya terbaca beberapa blog seperti ini, yang mengatakan telah berlaku satu perjumpaan di antara Tn. Guru Haji Abdul Hadi dan "think tank" UMNO pada 8hb September 2008. Semalam saya berpeluang untuk bertanya kepada beliau secara direct semasa mesyuarat Lujnah Politik PAS. Tn Guru menyatakan berita itu tidak benar! Beliau pun terkejut bila mendengar kononnya telah berlaku perjumpaan ini. Beliau menegaskan sekali lagi bahawa tiada apa-apa usaha untuk berkerjasama dengan UMNO dan meninggalkan PR.
Berdasarkan penafian ini saya harap orang2 PAS dan PR seluruhnya jangan timbulkan lagi isu ini. Melainkan ada bukti yang kukuh. Saya khuatir ini merupakan isu yang dimainkan UMNO untuk menimbulkan keraguan di antara kita.
Berhati-hati dengan permainan UMNO. Mereka licik dan tidak bermoral!!
Berdasarkan penafian ini saya harap orang2 PAS dan PR seluruhnya jangan timbulkan lagi isu ini. Melainkan ada bukti yang kukuh. Saya khuatir ini merupakan isu yang dimainkan UMNO untuk menimbulkan keraguan di antara kita.
Berhati-hati dengan permainan UMNO. Mereka licik dan tidak bermoral!!
Comments
http://kerabubersuara.blogspot.com/
Hidup rakyat!
Tahniah dan terima kasih kpd YB.
Saya agak sedih dgn kata2 'pencacai-pencacai memberi maklumat kpd Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz'. Seolah kita beranggapan Tuan Guru tidak berfikir panjang dan menerima sesuatu secara bulat-bulat.
Tidakkah kita sedia maklum Tuan Guru sering bertemu dgn Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah mereka tidak berbual2 serta berkongsi maklumat secara tepat dan berterus terang? Sejauh mana rapatnya kita dgn Anwar Ibrahim berbanding Tuan Guru Mursyidul Am PAS ??
Saya amat setuju dgn YB, ini mungkin isu yg dimainkan oleh Umno yg licik dan tidak bermoral !
Salam Perjuangan.
Tanpa memahami perjuangan PAS dan tidak mengenali TGHH, eh tak mudah nak hadapi ombak selepas tsunami politik.
Saya yang jauh dari TGHH berbanding YB kadangkala berasa kasihan kepada beliau dengan suasana yang dieksploitasi terhadap beliau.
Selain melakukan usaha-usaha kecil, doalah dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar keyakinan dan harapan tidak lebur.
Terima kasih atas tindakan segera YB menulis dalam blog ini sebagai membetulkan tanggapan yang disebarkan.
Salam jihad.