Skip to main content

Angan2 jadi Pak Menteri?

“Awak ni pun satu. Semua awak nak jawab dalam Blog awak…”

Pagi ini saya nak jawab satu lagi isu (sebenarnya dua isu, satu lagi saya akan post lepas ini). Ada yang kata saya perjuangkan PR dengan bersungguh-sungguh dan penuh emosi kerana kononnya saya ini anggan-anggan nak jadi Pak Menteri. Taksub dengan Anwar lah, serang Cikgu Pa lah dan sebagainya, semuanya supaya apa yang dikatakan sebagai cita-cita saya ini akan tercapai. Saya nak cadangkan kepada mereka ini, carilah satu tohmahan yang lain kalau nak tohmah saya pun. Ini adalah kerana bila kerajaan PR ditubuhkan, kuota PAS akan diisi oleh PAS, bukan Anwar ya - minta maaf.

Maknanya PAS akan putuskan siapa PAS akan lantik untuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri mengikut kuota mereka. Ini bererti kalau saya nak jadi Menteri sangat, ‘bodek’ Anwar pun tak guna! Kena ‘bodek’ Cikgu Pa, Ustaz Nasha dan pemimpin2 PAS yang lain. Malah tindakan saya mengkritik Cikgu Pa dan PAS Terengganu sebenarnya mungkin memalapkan peluang saya untuk dipilih oleh PAS. Namun itu tidak merupakan satu masalah besar bagi saya. Tak heran jawatan Menteri ni. Kita boleh nampak Menteri2 BN yang sedia ada. Bukanlah hidup mereka bahagia sangat pun. Lalu apa yang nak dikejar2kan?

Maka yang penting bagi pentohmah2 saya, harap PRO lah sikit. Kalau nak tohmah pun, carilah tohmahan yang lebih munasabah…

Kita perlu ingat satu keadaan yang dilihat Rasulullah (SAW) dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kisah seorang yang memikul kayu api. Tak larat dipikul tetapi ditambahkan lagi. Tak terpikul, tetapi tambah lagi. Ini adalah orang yang tak mampu menunaikan amanah yang dipikulnya tetapi ingin menambah lagi.

Saya tidak ingin jadi begitu InsyaAllah.

Comments

abdrahim kassim said…
YB Khalid,

Orang menuding kepada orang lain itu satu jari sahaja mengarah kepada orang tersebut tetapi empat jari lagi mengarah pada dirinya sendiri.

Kalau YB yang mahu jadi menteri pun tidak apa daripada diberikan kepada mereka yang lemah dan lesu.

Bila sudah memerintah tanggungjawab bukan setakat parti tetapi negara dan rakyat.

Kalau lemah, orang lain akan ambil alih nanti...
Anonymous said…
assalamualaikum,Hj YB.
xpyh lyn la pentohmah2 yang xpro.
byk lg agenda2 yg penting yg YB boleh buat.
nway,tahniah & kullu `aamin wa antum bi khair
Anonymous said…
1) SAYA SOKONG 880% YB Shah Alam jadi pak menteri...saya nampak YB ada ciri kepimpinan.. yg menarik sy nampak YB org yg disukai majoriti orang PAS, PKR, DAP dan BN sendiri...

2) Saya yakin 990% Tuan Guru Presiden akan jd TPM.. dan mgkn menteri pertanian.. Ustaz Nasarudin mgkn Menteri JPM ( Agama ). Kalau Husam Musa jadi Menteri JPM ( MTEN ) diganding ngan Khalid Ibrahim sbg Menteri Kewangan, saya yakin ekonomi Malaysia akan jadi ekonomi terunggul di Asia Tenggara mungkin dalam masa 10 tahun kita akan di depan Singapura.. percayalah 2 bakat tersebut dalam ekonomi...yang lain2 sy nampak berpotensi S/U PAS, Bendahari Pas, ketua penerangan PAS, Ketua Pemuda PAS, Dr Lolo dan Dr Dzulkifli utk jawat jawatan Pak Menteri...kalau org2 ni PAS angkat, saya yakin org akan mula yakin 1100% PAS mampu perintah negara dengan baik...
Anonymous said…
YB,

kalau saudara jadi menteri pun saya rasa tak salah pun sebab nampak saudara ada ciri ciri kepimpinan yang baik..

maybe mereka tu saje je dengki dengan Yb.. orang kita tahu jela perasaan dengki ni sungguh kuat
Anonymous said…
Sepanjang pemerhatian saya, mmg YB berpotensi utk sama2 berada dlm kabinet PR nanti. Kes ckp2 org ni, mcm biasa, anggapla sbg nyamuk je ... Yg penting, teruskan buat kerja & ikhlas dlm perjuangan
Anonymous said…
Alamak YB it is so obvious that you have more potential of being a Minister than the likes of people like Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa and the gang who are "in love" with the sweeteners dangled by UMNO.
Anonymous said…
YB, teruskan berjuang dengan ikhlas, jangan pedulikkan geng2 PAS yang kemaruk glamor dan jawatan. Sekarang semakin hari semakin jelas sapa yang kemaruk public attention. Hahahahaha kelaka aku tengok sesetengah pemimpin PAS. Lebih sesuai masuk UMNO
Anonymous said…
Aji,

Gua cadang lu jadi menteri minyak portfolio baru. Lu jaga Petronas, harga petrol dan gas masak. Letakkan tempat pada ahlinya.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…