Skip to main content

Kenyataan Naib Canselor UiTM – Prof. Dato’ Ibrahim Abu Syah (Malaysiakini)

Pagi ini terbaca kenyataan Naib Canselor UiTM (rujuk Malaysiakini) yang menyalahkan pembangkang kerana berjaya menyebabkan “orang Cina benci kepada orang Melayu” hasil dari isu pengambilan 10% pelajar bukan bumi oleh UiTM. Aneh bin Ajaib! Beliau yang menggesa pelajar2 UiTM berdemonstrasi (amalan yang dikatakan bukan budaya kita itu) menentang cadangan MB TS Abdul Khalid Ibrahim. Dengan laungan “jangan mencabar kami orang Melayu” dan “ketuanan Melayu”, mungkin beliau mengharapkan bertambahnya perasaan kasih saying di kalangan orang bukan Melayu terhadap orang Melayu! Satu teori aneh yang mungkin boleh dijumpa di dalam majalah Gila-Gila?

Tindakan beliau memperalatkan pelajar2 amat sangat dikesali. Demi menarik perhatian pimpinan BN terhadap diri beliau, beliau sanggup melihat pelajar2 UiTM dicemari dengan stigma perkauman dan chauvanis Melayu. Bagaimana pelajar2 ini akan bertemu dengan bakal2 majikan mereka selepas graduate yang sebahagian dari bakal majikan ini adalah bukan bumiputra? Temuduga pasti kekok.

Sepatutnya jangan memperalatkan pelajar2 UiTM dalam isu ini. Tarik perhatian pemimpin BN dengan cara lain, bukan dengan memperalatkan pelajar2. Saya hanya mengharapkan semua pihak jangan ‘react’ kepada tindakan Naib Canselor UiTM yang tidak bertanggung jawab ini. Seruan supaya majikan bukan Melayu tidak mengambil lulusan UiTM harap jangan dihiraukan. Ingat suasana perkauman adalah matlamat sebalik tindakan beliau.

Comments

ezza erisa said…
yang paling kelakar dengan isu tersebut ialah:

Pelajar yang tidak hadir ke kelas pada petang demo diadakan, tidak dikira ponteng. Dikira menghadiri kelas!. Sampai begitu sekali pelajar digalakkan pergi berdemo.

Kalau saya pelajar UiTM dan diberi option berkenaan, tidak pergi kelas tidak di kira ponteng, lebih baik balik rumah sewa tidur dari duk pergi berdemo berjemur panas hujan.
Anonymous said…
Hidup Melayu dan Islam
Selamat menyambut Ramadhan ...

Popular posts from this blog

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan