Skip to main content

Isu DAP, Azan dan Penulisan Cina

Ada bertanyakan saya berhubung isu DAP yang kononnya ingin melarang azan dikumandangkan serta nama jalan yang ditulis dengan tulisan Cina.

Sebenarnya banyak maklumat berhubung isu ini disiarkan melalui internet dan kesahihannya agak diragui. Soal orang bukan Islam dan orang Melayu yang komplain berhubung azan telah lama kita dengar. Saya rasa sekiranya ada aduan dari beberapa penduduk di kawasan tertentu yang mana ADUN mereka adalah dari DAP dan seterusnya mereka meminta ADUN mereka menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap amalan ini dan itulah apa yang dilakukan, kita tidak boleh menyalahkan DAP. Sebagai wakil rakyat, dia membawa aduan rakyat kepada yang berwajib. Seterusnya pihak berwajib perlu mendengar aduan berkenaan dan cuba mengadili aduan tersebut. Mungkin azan benar2 kuat dan dilakukan dengan niat provokasi. Mungkin bacaan tahrimnya pada waktu Subuh dimulakan begitu awal dan juga dilakukan terlalu kuat. Kita dengar dan kita adili. Sekiranya aduan itu tidak munasabah maka kita beritahu pada ADUN berkenaan bahawa azan yang dilakukan adalah seperti biasa dan orang2 yang complain, samada Melayu atau bukan Melayu, perlu bertoleransi. Di sini, toleransi ummat Islam terhadap agama lain boleh dijadikan sebagai hujjah. Saya ingin menasihatkan semua supaya jangan terlalu cepat mempercayai khabar2 sebegini yang bertujuan menimbulkan perbalahan di antara parti2 PR. Relaks dan kita siasat. Tiada yang tak boleh diselesaikan melalui perundingan dan perbincangan.

Begitu juga isu nama jalan dalam tulisan Cina. Setakat ini saya tak nampak lagi. Kalau dikatakan di Pulau Pinang kita siasat dulu. Atas sebab apa ianya dilakukan sekiranya benar dilakukan. Jangan terlalu cepat melenting kerana kerosakan yang terhasil disebabkan melenting terlalu cepat amat sukar untuk diperbaiki.

Comments

Hasbullah Pit said…
Yang pernah menjadi isu, sepatutnya bukan kerana kewujudan nama jalan dalam tulisna cina, tetapi kenapa pula tulisan jawi itu diketepikan atas sebab nak masukkan tulisan cina.

Tulisan saya ketika sebelum pilihanraya

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.