Skip to main content

Forum Politik

InsyaAllah kita akan mengadakan forum politik seperti berikut. Kepada yang berminat, harap dapat hubungi terus dengan pihak penganjur.

Tarikh/Date: 29 August 2008(Friday/Jumaat)
TIME : 8.00 PM
Tempat/Venue : MCBA Hall, 2nd Floor,
Selangor Chinese Assemble Hall, 1, Jalan Maharajalela,
Kuala Lumpur
WHAT NEXT AFTER PERMATANG PAUH ?
APA SELEPAS PERMATANG PAUH ?
SPEAKERS:
Dr. Jeyakumar – MP Sungai Siput dan JK Pusat PSM
Stevan Gan – Chief Editor Malaysiakini
Hishamuddin Rais – Columnist
Khalid Samad – MP Shah Alam

Organized by:
Biro Perhubungan Nasional
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
(016-9008202/03-22747791)

Comments

Anonymous said…
assalamu'alaikum....
saya terpanggil untuk memohon komen dari pihak tuan blogger.banyak blog mengatakan islam itu bukan bergantung kepada bangsa.yang itu saya amat setuju.saya agak was-was apa sebenarnya yang kerajaan dan pembangkang perjuangkan.kalau pembangkang dapat jadi kerajaan pun,DSAI tu islam yang kita nak ke?layak ke jadi PM?banyak jugak blog2 yang membincangkan tentang hubungan beliau dengan syaitan AMERIKA dan orientalis.saya rasa kalau betul-betul nak negara islam,PAS je yang paling layak nak jadi PM.pak lah nama je orang agama,tapi bertopeng.anuar pulak masih dalam dilema masalahnya.kalau dari segi islam,apabila allah menurunkan seseorang dari tempatnya,maka itu dari kehendak allah sendiri.maybe cara saja dengan sendiri ataupun takdir.takdir pak lah saja xsampai lagi.mari la kita sama-sama berdoa negara kita akan dipimpin oleh islam.jangan biar orang bukan islam yang memimpin.politik sekarang ni dah jadi hina apabila orang islam bersekongkol dengan anti-islam menjatuhkan orang islam.ada hadis mengatakan barang siapa yang mengkafirkan orang lain sesungguhnya dialah yang kafir.terima kasih.
Anonymous said…
Salam,
Saya doakan Saudara di jalan Allah dalam Forum Politik ini. Jadikan Quran dan Hadis sebagai rujukan semasa forum. Niat hanya kerana Allah sahaja, bukan lain2. InsyaAllah, mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Ta'ala.

Popular posts from this blog

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir

Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Dakwaan Kosong Hj Hadi: Antara Kebenaran dan Khayalan

Pada 14hb April Hj. Hadi membuat satu 'pendedahan' mengenai sebab sebenar AMANAH ditolak. Kononnya ianya adalah kerana pimpinan AMANAH semasa menjawat jawatan dalam PAS ingin meminda perlembagaan PAS sehingga dikurangkan kuasa Majlis Syura Ulama. Tuduhan tersebut merupakan satu pembohongan yang nyata yang dibuat dengan penuh kesedaran bahawa ianya satu pembohongan! Saya tidak tahu mengapa Hj Hadi kebelakangan ini kerap berbohong.

Sekiranya ianya dianggap bukan satu pembohongan oleh beliau dan beliau benar yakin akan kebenarannya maka ahli-ahli PAS haruslah berwaspada. Kerana ini bermakna bahawa beliau sudah mula mengalami satu keadaan yang tidak dapat membezakan di antara kebenaran dari khayalan. Situasi 'delusional' ini menyebabkan beliau sentiasa dalam keadaan cemas dan menganggap dirinya dan Islam dimusuhi oleh semua, kecuali oleh PAS dan UMNO.

Tuduhan ini sebenarnya bukanlah baharu maka yang dikatakan sebagai 'pendedahan' selepas 3 tahun ini adalah dakwaan …